Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Isu puak dalam PAS buat DAP bimbang
Diterbitkan:  Mar 1, 2015 1:52 PM
Dikemaskini: 5:57 AM

Bukan sahaja anggota PAS, pemimpin DAP juga menyatakan kebimbangannya terhadap pergolakan dalaman parti Islam itu, terutama dengan gesaan penyingkiran “team” tertentu.

Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong menyuarakan kebimbangannya itu susulan kenyataan terbaru Ketua Pegawai Operasi Pusat Penyelidikan PAS Dr Mohd Zuhdi Marsuki semalam.

“Kenyataan terkini oleh Zuhdi mengejutkan; untuk kali pertama sejak krisis PAS 1982, kumpulan dengan ideologi berbeza menggesa ke arah penyingkiran lawannya.

“Zuhdi pada dasarnya menyeru supaya mereka yang digelarnya sebagai penentang Hadi supaya dikeluarkan daripada parti itu selepas muktamar,” katanya.

Dalam kenyataannya hari ini, Liew berkata perkara itu membimbangkan bagi pihak yang berharap PAS bangun daripada perbezaan pendapat dan bersatu untuk menentang Umno.

Zuhdi semalam dilaporkan berkata gerakan untuk menjatuhkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang oleh “kumpulan tertentu” dalam parti dikesan sejak 1998.

Perkaru itu berlaku, katanya, ekoran PAS begitu terbuka pada tahun itu dan berlaku kemasukan banyak kumpulan dari luar yang seterusnya membentuk pasukan dalaman sehingga “membarah”.

Menjawab soalan, beliau berkata mereka akhirnya akan keluar PAS dan membentuk parti baru selepas muktamar.

Mengulas cabaran lain PAS, beliau berkata parti itu sekarang sedang berhadapan dengan wajah sebenar DAP, rakan sekutunya dalam Pakatan Rakyat, terutama dalam isu pelaksanaan hudud di Kelantan.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS