Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Bank Negara menemui hal yang tidak kena dalam pinjaman RM2 bilion AmBank kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dakwa Naib Presiden PKR Rafizi Ramli.

Dakwanya, isu itu membawa kepada pengunduran ketua pegawai eksekutif AmBank Ashok Ramamurthy dan dua lagi pegawai atasan bank itu.

Memetik sumber pembocor maklumat, Rafizi ( kanan ) berkata pengunduran itu berlaku selepas Bank Negara menjalankan audit pematuhan pada AmBank dan menemui ketidakaturan itu.

“Berita berhubung pertukaran kepimpinan AmBank berlalu senyap tanpa perhatian media dan orang awam,” kata Rafizi yang juga setiausaha agung PKR.

Pinjaman itu dikatakan untuk projek pembangunan Bandar Malaysia di Kuala Lumpur.

Malaysiakini sedang menunggu maklum balas daripada AmBank dan Bank Negara berhubung dakwaan itu.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS