Pemimpin PAS diserang selepas solat Subuh
Diterbitkan: Mar 5, 2015 11:00 AM | Dikemas kini: Mar 5, 2015 10:17 PM
Ahli jawatankuasa pusat PAS Dr Dzulkefly Ahmad telah diserang oleh individu yang tidak dikenali sewaktu pulang daripada solat subuh pagi ini.
Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat dalam satu catatan Facebook berkata Dzulkefly telah ditumbuk di muka dan dahi.
Sebelum beredar, katanya, penyerang itu bertanya Dr Dzulkefly 'kenapa kurang ajar sangat'.
Suhaizan berkata Pemuda PAS melahirkan rasa kesal dengan kejadian itu dan tidak menolak ia satu provokasi terhadap pemimpin PAS untuk mewujudkan perpecahan.
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.