Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Jho Low dirujuk tapi tiada pelakuan jenayah terlibat'
Diterbitkan:  Mar 7, 2015 2:00 PM
Dikemaskini: 7:19 AM

Jutawan Jho Low menafikan dakwaan yang disiarkan dalam Sarawak Report bahawa dia telah memperolehi AS$700 juta daripada perjanjian antara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan firma tenaga Saudi PetroSaudi International.

Dalam surat kepada AFP , firma guaman Schillings yang mewakili Low berkata pendedahan laman web itu adalah "palsu, mengelirukan dan dinafikan oleh pelanggan kami".

 
Menurut laporan agensi berita itu, Schillings menjelaskan bahawa Low, atau Low Taek Jho (kanan), telah "dirujuk" mengenai perjanjian itu "tetapi tidak pernah terlibat dalam pelakuan jenayah berkenaan dengan urus niaga ini".
 
Laman web pemberi maklumat Sarawak Report minggu lalu menerbitkan laporan mengenai apa yang didakwanya siri emel dalaman yang katanya menunjukkan 1MDB menyalurkan AS$700 juta kepada sebuah syarikat yang dikuasai oleh Low.
 
Urus niaga ini adalah sebahagian daripada usaha sama pada 2009 dengan PetroSaudi, tetapi PetroSaudi menafikan dana disalurkan kepada Low.
 
Schillings berkata dakwaan itu adalah "fitnah", mengandungi fakta yang tidak betul dan tuduhan-tuduhan palsu".
 
Penafian itu dihantar kepada AFP selepas sebagai Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam menggesa Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memulakan siasatan sendiri terhadap 1MDB tanpa menunggu laporan Audit Negara.
 
 
 
Lihat Komen
ADS