MP PKR, DAP pakai sut hitam tanda protes
Diterbitkan: Mar 9, 2015 10:51 AM | Dikemas kini: Mar 9, 2015 10:55 AM
MP PKR dan DAP memakai pakaian sut hitam sebagai tanda protes ekoran pemenjaraan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan penolakan kerajaan membenarkan beliau hadir ke sesi Parlimen hari ini.
Beberapa pemimpin PAS juga dikesan memakai pakaian berwarna hitam tetapi kebanyakan mereka tidak sedar dengan langkah itu.
Seorang pemimpin PKR berkata keputusan itu bukan satu "arahan" daripada parti tetapi keputusan kolektif di kalangan mereka.
Ketua Whip PKR Datuk Johari Abdul berkata semua MP PKR "digalakkan" memakai sut hitam, sementara pemimpin DAP pula Fong Kui Lun turut mengesahkan perkara yang sama.
[Berita lanjut menyusul]
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.