Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Barisan pemimpin PAS Batu mengumumkan peletakan jawatan mereka serta merta kerana kecewa dengan kepimpinan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Yang Dipertua PAS Batu, Ishak Surin berkata, mereka hanya akan kembali ke jawatan itu selepas Hadi berjaya menyelesaikan krisis dalam PAS dan juga isu dengan parti dalam Pakatan.

“Dengan pengistiharan ini, sekali gus gugurlah dengan serta–merta segala jawatan yang diamanahkan kepada kami dalam Mesyuarat Agung Tahunan PAS kawasan Batu kali ke-29 (2013) yang lalu.

 

“Kami berharap pada Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Batu kali ke-30 yang akan berlangsung pada 19 April 2014 depan, tiada sebarang cawangan dan dewan-dewan yang mencalonkan kami untuk sebarang jawatan di peringkat PAS kawasan Batu,” kata Ishak.

Dalam sidang media itu, Ishak berkata, 17 orang daripada 25 orang pemimpin PAS Batu menandatangani persetujuan untuk tindakan bermufarakah ini.

 

Ia melibatkan Ishak sendiri di jawatan yang dipertua selain timbalan, baib yang dipertua, setiausaha, ketua penerangan, pengarah pilihanraya, bendahari dan 9 orang ahli jawatankuasa.

 

Ishak Surin menjelaskan, tindakan “bermufarakah” bererti tidak lagi bersetuju atau mengikut presiden tetapi mereka tidak keluar parti.

“Kami kecewa, sedih dan kesal terhadap sikap Hadi Awang yang gagal menyelesaikan isu-isu dalaman sehingga mencetuskan krisis yang berlarutan dalam PAS.

 

“Ini merupakan krisis paling teruk sejak kepimpinan ulama diperkenalkan pada tahun 1982 selepas presiden PAS ketika itu Dato Mohd Asri Muda dijatuhkan, kira-kira 30 tahun yang lalu.

 

“Malah, krisis PAS semakin meruncing parah ekoran kempen menghadapi pemilihan kawasan untuk Muktamar Tahunan PAS kali ke-61 Jun ini.

 

“Namun, tiada usaha jelas daripada presiden untuk meredakan atau menghentikan krisis dalam PAS,” jelas Ishak Surin.

Lihat Komen
ADS