Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan gagal sebagai menteri besar jika Umno Kedah berpecah, kata naib presiden parti itu Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

“Ini tanggungjawabnya sebagai menteri besar untuk memastikan Umno Kedah tidak berpecah,” katanya.

“Tiada seorang pun dapat lari daripada tanggungjawab [...] jika beliau gagal bermakna beliau gagal sebagai pemimpin,” kata Hishammuddin dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau mengulas gesaan supaya Mukhriz meletakkan jawatan jika tidak menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Najib kini sedang diasak hebat bapa Mukhriz, Tun Dr Mahathir Mohamad, perdana menteri keempat, dalam pelbagai isu – daripada pembunuhan Altantuya Shaariibuu kepada 1Malaysia Developement Bhd.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS