Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
1MDB: Low mengeluh 'budak Cina' dipersalah
Diterbitkan:  Apr 14, 2015 2:56 PM
Dikemaskini: 7:58 AM

Kecewa menjadi mangsa serangan, ahli perniagaan Jho Low mendakwa sesetengah pihak dalam Umno memainkan unsur perkauman untuk memberi gambaran “budak Cina curi wang dan gunakannya beli arak”.

Dalam wawancaranya dengan majalah perniagaan Euromoney , beliau berkata telah digambarkan sebagai individu utama yang menukar Terengganu Investment Authority (TIA) kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Katanya lima lagi anggota lembaga TIA dan penasihat-penasihat seperti Goldman Sachs, JPMorgan, Boston Consulting dan McKinsey sebaliknya tidak diteliti.

Low juga menyelar apabila tindakannya berparti dan hubungannya dengan Hollywood dieksploitasi oleh pengkritik.

“Saya buat duit dan saya belanjakannya, itu saja: 'Oh, dia sudah tentu buat duit daripada TIA/1MDB'. Maksud saya semua itu hanyalah tuduhan.

“Dan kerana semua gambar saya dan Paris Hilton minum dan semua itu, kemudian kata kepada bumiputera: 'Oh, budak Cina curi wang dan belanja untuk arak'.

“Dan saya sudah tentu orang yang paling bodoh jika benar-benar buat duit daripada kerajaan dan belanja macam esok nak kiamat, itu perkara paling bodoh kamu akan lakukan,” katanya.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS