Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MTUC sokong pengeluaran KWSP 60 tahun
Diterbitkan:  Apr 15, 2015 4:00 PM
Dikemaskini: 8:19 AM

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menyelar golongan yang menentang kenaikan had umur kelayakan pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada 60 tahun.

Menurut MTUC, langkah itu bertentangan dengan usaha mereka gabungan kesatuan tersebut agar had umur persaraan dinaikkan kepada 60 tahun.

“Langkah menaikkan had umur persaraan minimum kepada 60 tahun adalah salah satu cara untuk membolehkan pencarum menjana simpanan persaraan yang secukupnya.

“Oleh itu, umur kelayakan persaraan mesti berubah daripada 55 kepada 60 tahun.

"Jika tidak ia menggagalkan objektif KWSP sebagai simpanan untuk persaraan dan juga (objektif) meningkatkan umur persaraan,” kenyataan itu dipetik.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh setiausaha MTUC Sarawak, Andrew Lo, badan tersebut juga menegur pihak yang mendakwa mampu menguruskan sendiri tabung simpanan persaraan mereka.

“Jika KWSP tidak mewajibkan anda menyimpan 11 % daripada gaji setiap tahun dan memaksa majikan mencarum sebanyak 15 peratus lagi, mungkin anda tidak mempunyai wang langsung dalam KWSP atau dalam bentuk simpanan lain untuk hari tua anda.

“Anda fikir anda boleh bergantung pada anak? Tunggulah selama-lamanya. Anak anda sendiri tidak dapat menjaga diri mereka sendiri,” kata Lo.

Menurutnya, kajian mendapati ramai pencarum akan membelanjakan sehabisnya wang caruman dalam masa tiga tahun selepas bersara.

Golongan ini seperti inilah yang menuntut agar dibenarkan mengeluarkan wang simpanan mereka untuk menyelesaikan hutang dan kebankrapan.

“Ini akan mendorong kita mengambil hutang lebih besar dengan pemberi hutang, termasuk lintah darat dengan sukacita akan melanutkan hutang kerana tahu peminjam boleh gunakan wang KWSP untuk langsaikan hutang,” katanya.

Beberapa orang pencarum yang ditinjau Malaysiakini menolak cadangan menaikkan had umur pengeluaran itu, antaranya kerana mereka kini perlu menanggung banyak perbelanjaan.

Lihat Komen
ADS