Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Nilailah jasa 69 tahun Umno, kata Ku Nan
Diterbitkan:  May 11, 2015 11:50 AM
Dikemaskini: 4:04 AM

Sambutan ulang tahun ke-69 penubuhan Umno hari ini mungkin tidak semanis sebelum-sebelum ini apabila kedudukan presidennya dilihat berada pada keadaan paling genting.

Bagaimanapun, di sebalik semua “cerita-cerita negatif” itu, setiausaha agungnya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menggesa jasa parti itu diteliti kembali.

“Ujar beliau lagi, dalam pelbagai keadaan khususnya berdepan dengan cerita-cerita negatif, nilailah jasa Umno yang bukan sedikit malahan semua rakyat di negara ini pastinya merasai nikmat hasil daripada perjuangan Umno,” beliau dipetik sebagai berkata.

Bercakap kepada Umno-Online , Tengku Adnan ( atas ) menegaskan bahawa Umno satu-satunya parti yang “sentiasa relevan dalam perjuangan agama Islam, bangsa Melayu dan kedaulatan negara”.

Justeru, katanya, anggotanya perlu sentiasa bijak membuat penilaian dan waras membuat pertimbangan serta arif menentukan masa hadapan.

“Umno memang sentiasa diasak dari luar dan dalam, ditohmah dengan macam-macam perkara, ada manipulasi dan provokasi tetapi kita tidak perlu melatah kerana yang utama adalah manifestasi perjuangannya untuk terus dihayati dan diaplikasi.”


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS