Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Bekas naib presiden PAS Ahmad Awang mengesahkan akan mencabar Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi merebut jawatan presiden PAS pada pemilihan parti itu bulan depan.

Ahmad yang juga bekas anggota Majlis Syura PAS berkata alasan beliau menawarkan diri adalah untuk memperkukuhkan parti.

""Ini adalah parti yang demoktrik dasarnya. Jadi sesiapa (saja) boleh dicalonkan daripada ahli dan boleh mencalonkan. Ini meningkatkan ukhwah dalam parti," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan surat untuk bertanding, di ibu pejabat parti itu hari ini.

Dalam 13 tahun pentadbirannya, ini kali pertama kedudukan Hadi ( atas ) sebagai pemimpin nombor satu PAS dicabar.

Ahmad, 79, berkata beliau mendapatkan maklumbalas daripada para penyokong dan penasihatnya sebelum memutuskan untuk bertanding.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan jumlah percalonan kawasan yang diterimanya.

"Sekarang PAS berada di persada politik negara, sebab itu saya menerima pencalonan ini... Saya tidak mahu mengecewakan mereka," katanya.

'Satukan PAS'

Ahmad, yang menjadi sebahagian ulama dalam PAS, difahamkan menjadi pemimpin PAS yang akan menitikberatkan ke arah memperkasakan Pakatan Rakyat, berbanding Hadi.

Sebagai pesuruhjaya PAS Perak 2008, Ahmad memainkan peranan utama membantu menubuhkan Pakatan Rakyat di negeri itu.

Ahmad berkata beliau mahu PAS menerima sokongan bukan Islam termasuk sokongan pengundi tegar mereka bagi menggantikan BN dalam pilihan raya umum akan datang.

"Saya mesti berusaha menyatukan PAS semula dengan semangat persaudaraan parti yang jadi tunjang Pakatan Rakyat.

"Dan hari ini (walaupun) pemimpin PAS bersama Pakatan, keadaan perlu diperbaiki, lebih-lebih lagi kita menuju ke Putrajaya.

"Dengan semangat demokrasi dan pilihanraya ke-14 ni, kita punya harapan," katanya.

Hadi tidak pernah dicabar sejak 13 tahun lalu, selepas parti memperkenalkan kepimpinan ulama.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS