Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Khalid Samad: Buktikan Kit Siang hina Islam
Diterbitkan:  May 18, 2015 3:00 PM
Dikemaskini: 7:18 AM

Anggota Parlimen lantang PAS Khalid Samad mencabar pihak yang mendakwa pemimpin DAP Lim Kit Siang sebagai menghina Islam tampil mengemukakan bukti.

Khalid berkata ucapan kontroversi Lim di Kota Bharu pada 10 Mei lalu hanya menjelaskan pendirian berkaitan hudud dan untuk mencari pendamaian dengan “tiada diperlekehkan rakyat Kelantan dan tidak juga dihina Islam”.

“Kalau dikatakan ada, maka adalah amat diharapkan agar dikemukakan di perenggan mana dan ayat mana ia dilakukan,” katanya wakil rakyat Shah Alam itu.

Menulis di blognya hari ini Khalid ( kanan ) berkata PAS sebaliknya patut berbangga apabila terdapat orang bukan Islam bercakap mengenai agama itu dan lebih baik menegur dengan baik jika ada salah faham.

“Mungkin ada yang kita tidak setuju dengan kata-kata LKS (Lim), khususnya berhubung percanggahan dengan perlembagaan.

“Tetapi adakah perlu difitnahnya dengan menuduh beliau menghina Islam, umat Islam dan hudud?” soalnya.

Khalid berkata beliau membuat keputusan bahawa Lim tidak menghina Islam setelah meneliti teks ucapannya dalam ceramah bertajuk “Kukuhkan Pakatan, Hancurkan Barisan” anjuran PAS Kota Baharu.

Beliau berkata Lim sendiri dalam ucapan itu menegaskan bahawa masalah sebenar Pakatan bukan hudud tetapi kejujuran untuk mengotakan janji yang dipersetujui ketika penubuhan gabungan pembangkang pada 2008.

“Dalam menyampaikan kefahaman beliau terhadap persoalan ini, tiada LKS sentuh walaupun sekali berhubung usaha kerajaan Kelantan untuk melaksanakan hudud.

“Dia kelihatan lebih memberi tumpuan untuk menegaskan bahawa DAP tidak anti-hudud atau anti-Islam,” katanya.

Lihat Komen
ADS