Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Polis: Pembuat masalah dari HK tak dialukan
Diterbitkan:  May 29, 2015 4:30 PM
Dikemaskini: 8:42 AM

“Pembuat masalah” daripada Hong Kong tidak dialu-alukan di negara ini.

Begitu reaksi segera Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berhubung pengusiran pulang anggota majlis perundingan Hong Kong Leung Kwok-Hung ( kanan ) hari ini.

“Ya, kita tidak mahu pembuat masalah datang jejaskan keamanan.

“Kita tahu niatnya datang ke sini dan kita juga tahu latar belakang dan oleh kerana itu kita usir dia balik,” kata Khalid kepda Malaysiakini .

Katanya pihak berkuasa hanya mengalu-alukan pihak yang “mencintai keamanan” untuk berkunjung ke negara ini.

“Saya sudah cakap sebelum ini pihak yang mahu buat masalah tidak perlu datang ke sini. Kami tidak perlukan kamu.

“Kami hanya alu-alukan pihak yang mencintai keamanan,” katanya.

Jaga hati Beijing?

Imigresen hari ini mengusir Leung, seorang aktivis prodemokrasi Hong Kong, selepas beliau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tengah tadi.

Selasa lalu, pemimpin pelajar dan penggerak Revolusi Payung anti-Beijing, Joshua Wong, 18, turut diusir setelah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Tindakan itu meningkatkan spekulasi bahawa kerajaan mahu menjaga hati Beijing.

Leung dan Wong tokoh penting dalam gerakan rakyat yang mendesak Beijing membatalkan syarat saringan bagi setiap ahli politik yang ingin bertanding dalam pilihan raya di Hong Kong pada 2017.

Bagaimanapun, seorang 'gadis Revolusi Payung' Wong Ji-yuet ( atas ), 18, berjaya 'bolos' dan memasuki negara ini semalam.

Lihat Komen
ADS