Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
K'jaan tak setuju kajian Harvard SPR 'teruk'
Diterbitkan:  Jun 11, 2015 2:00 PM
Dikemaskini: 6:13 AM

Kerajaan tetap berpuas hati dengan prestasi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) walaupun kajian institut pengajian tinggi antarabangsa mendapati sebaliknya.

Merujuk kepada ranking Malaysia dalam kajian Universiti Harvard dan Universiti Sydney, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata pada dasarnya kerajaan berpuas hati terhadap pelaksanaan dasar dan tindakan SPR.

“Badan-badan di luar negara bebas untuk membuat penilaian dan memberikan persepsi masing-masing terhadap SPR,” kata Shahidan.

“Namun hakikatnya SPR adalah sebuah institusi bawah kuasa yang dipertuan agung, yang bertanggungjawab untuk memelihara, mengawasi dan mengekalkan proses demokrasi di negara ini dengan melaksanakan bidang kuasanya yang ditetapkan mengikut perkara 113(i) Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata demikian dalam jawatan bertulis parlimen bagi menjawab soalan anggota Parlimen Sim Tze Tzin (PKR-Bayan Baru).

Sim meminta perdana menteri memberi penjelasan selepas kedudukan Malaysia diletakkan dalam kedudukan 114 daripada 127 negara dalam kajian itu, yang disifatkannya “teruk”.

Lihat Komen
ADS