Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Saifuddin Abdullah cabar IGP tahan Dr M
Diterbitkan:  Jul 6, 2015 3:23 PM
Dikemaskini: 9:06 AM

Bekas anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Saifuddin Abdullah mencabar Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar supaya menahan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas timbalan menteri dan MP Temerloh itu membuat cabaran berkenaan dalam twitternya kepada ketua polis negara itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak menuduh Dr Mahathir di belakang dakwaan terbaru yang beliau mengambil wang dari 1MDB dan Saifuddin berkata ia sudah cukup bagi Khalid untuk

"Perdana menteri kata Tun M dalangnya. Apalagi, @KBAB51 , tangkaplah. Go PDRM go," kata Saifuddin yang meminta: "Pelbagai jenis siasat: untuk benar-benar siasat, unttk takut-takutkan, untuk hitamkan, untuk putihkan."

 

Najib yang juga presiden Umno mengancam menggunakan tindakan undang-undang sepenuhnya terhadap pengkritik yang mendakwa beliau mencuri harta negara.

Perdana menteri telah memberikan kata dua selepas menuduh Dr Mahathir sebagai dalang kritikan terhadapnya.

 

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS