Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Polis serbu pejabat 1MDB
Diterbitkan:  Jul 8, 2015 1:00 PM
Dikemaskini: 8:00 AM

Polis menyerbu pejabat 1MDB di Menara IMC, Jalan Sultan Ismail hari ini, dipercayai bagi menyiasat kebocoran dokumen bank syarikat pelaburan itu.

Satu kenyataan 1MDB petang ini mengesahkan bahawa sepasukan anggota polis dengan tiba di pejabat tersebut pagi ini.

"Kami boleh sahkan bahawa sejumlah pegawai daripada Pasukan Bertindak yang membuat siasatan ke atas 1MDB mengunjungi penajat kami hari ini.

"Mereka diberi sejumlah dokumen dan bahan untuk membantu siasatan yang sedang berjalan," kenyataan itu dipetik.

Syarikat pelaburan itu juga menegaskan bahawa mereka sedia memberi kerjasama dalam siasatan tersebut.

"Kami menegaskan semula pendirian kami bahawa jika terdapat apa-apa kesalahan dilakukan, tindakan mesti diambil oleh pihak berkuasa mengikut undang-undang negara."

Polis dilaporkan turut menutup laluan ke tingkat 8 bangunan tersebut, yang menempatkan ibu pejabat 1MDB.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pagi ini berkata, polis menyiasat akhbar perniagaan Wall Street Journal mengikut Akta Jenayah Komputer berhubung kebocoran dokumen itu.

Kebocoran dokumen itu berhubung dakwaan WSJ bahawa terdapat dana AS$700 juta (RM2.6 bilion) dimasukkan ke dalam akaun Datuk Seri Najib Razak.

Pasukan tindakan khas melibatkan PDRM, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Pejabat Peguam Negara dan Bank Negara pada Jumaat lalu menyerbu premis syarikat yang dikaitkan dengan 1MDB.

Tiga syarikat yang diserbu itu ialah SRC International Sdn Bhd, Gandingan Mentari Sdn Bhd, and Ihsan Perdana Sdn Bhd.

Pasukan berkenaan mengumumkan enam akaun bank telah diarah dibekukan.

Lihat Komen
ADS