Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Saya dah tunjuk emel itu, kini giliran kamu pula'

Ketua Pengarang Sarawak, Clare Rewcastle Brown telah mencabar pengkritik yang mendakwa dia menggunakan dokumen yang diubahsuai untuk artikelnya supaya menunjukkan bukti, sama seperti yang dilakukannya dalam respons kepada "pengakuan" seorang bekas wartawan.

Rewcastle memberitahu Malaysiakini bahawa dia terus menyiarkan emel antara beliau dan bekas wartawan Lester Melanyi, selepas Lester menuduhnya mengakui "memalsukan" dokumen dalam komunikasi emel mereka.

Katanya, apabila Lester bermain dengan satu emel yang telah dihantarnya, beliau segera menyiarkan versi yang betul.

"Mengapa PetroSaudi tidak boleh buat demikian?" tanya beliau.

Rewcastle merujuk kepada dakwaan pihak berkuasa Malaysia bahawa beliau telah menggunakan dokumen-dokumen yang telah "diubahsuai" dari PetroSaudi International  Ltd (PSI) untuk artikelnya yang kritikal terhadap 1MDB.

Ini berikutan penangkapan bekas pengarah PSI Xavier Andre Justo oleh polis Thailand kerana didakwa cuba memeras ugut bekas majikan dengan ancaman untuk mendedahkan dokumen sulit syarikat itu.

Setakat ini, tiada pihak lain - 1MDB, PSI, pihak berkuasa Malaysia dan Thailand - telah memperincikan apa yang sebenarnya yang dikatakan telah diubahsuai.

Rewcastle berkata jika apa yang ditulis Sarawak Report adalah tidak benar, pihak-pihak yang berkenaan sepatutnya mengemukakan bukti seperti yang dilakukannya terhadap Lester.

"Jika itu semuanya sama sekali tidak benar, bagaimana pula PSI tidak tampil segera dengan 1MDB, Jho Low dan semua yang lain untuk menyangkalnya dengan bukti mereka sendiri?" soalnya.

Beliau berkata adalah aneh bahawa polis Thai kini mengambil haluan yang sama mengenai dakwaan pengubahsuaian tersebut, selepas mengadakan pertemuan dengan satu delegasi diplomat Malaysia pada hari Khamis.

[Baca berita penuh/asal]

Lihat Komen
ADS