Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Sumpah bai'ah yang dilafazkan oleh wakil rakyat PAS akan menghukum mereka yang mengkhianati parti.  

Tetapi bagaimana jika parti itu yang mengkhianati wakil rakyat yang mengangkat sumpah, soal MP Parti Buntar Datuk Dr Mujahid Yusof

 

"Isunya pengkhianatan. Apa pengkhianatan itu? Jika parti itu sendiri yang mengkhianati (orang yang mengangkat sumpah), jadi bagaimana kita nak ikut peraturan parti?

"Apa berlaku jika kita mengetahui bahawa parti tidak selari dengan apa yang mereka ajar? Bagaimana jika parti melakukan perkara lain? Bagaimana anda boleh kekal setia jika parti melakukan sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Islam, sebagai contoh?

"Bahagian pengkhianatan itu terlalu luas dan ia menuntut persoalan sama ada ia terikat tanpa syarat," katanya kepada Malaysiakini.

Isu bai'ah tercetus baru-baru ini kerana kumpulan progresif dalam PAS bercadang untuk menubuhkan parti Islam baru. Sumpah tersebut bermaksud untuk menghalang anggota parlimen dan ADUN PAS melompat parti.

Dipercayai setiap negeri mempunyai sumpahnya masing-masing, yang paling kontroversi adalah di Kelatan dan Terengganu yang memasukkan klausa perceraian.

Selangor mempunyai sumpah yang sama selepas pilihan raya umum 2008 tetapi Khalid Samad memberitahu Malaysiakini bahawa perkara itu tidak menjadi sebahagian daripada sumpah pada pilihan raya umum 2013.

"Saya difahamkan bahawa Kelantan dan Terengganu ada (klausa perceraian) tetapi tidak di Selangor," katanya.

Mujahid yang merupakan sebahagian anggota Gerakan Harapan Baru, berkata tidak ada klausa perceraian di Perak tetapi orang yang melanggarinya bakal dikutuk "oleh Allah, Nabi Muhammad, dan malaikat-malaikat".

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS