Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Nazir: Tak pertahan The Edge, tapi kebebasan akhbar

Pengerusi Kumpulan CIMB Datuk Seri Nazir Razak mempertahankan komen beliau di Instagram mengutuk penggantungan penerbitan perniagaan The Edge dengan berkata beliau hanya mempertahankan kebebasan akhbar.

Nazir berkata beliau tidak mempertahankan pemilik The Edge, tetapi apa yang penting untuk negara ini dengan memastikan kebebasan pendapat dan mengeluarkan fikiran turut terpelihara juga.

"Ia bukan bagi mereka (Edge). Saya pertahan untuk apa? Kebebasan berpendapat, kebebasan bersuara itu sahaja.

"Ia tidak mempertahankan sesiapa, ini adalah (untuk) kebebasan prinsip media," katanya kepada media pada bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam majlis rumah terbuka Aidilfitri di Putrajaya hari ini.

Majlis itu turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan timbalan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kelmarin Nazir menyuarakan rasa tidak senang dengan Kementerian Dalam Negeri yang mengenakan tindakan ke atas The Edge Media Group kerana berpandapat penggantungan permit bukan langkah yang betul untuk diambil.

 

Kata Nazir, The Edge adalah penerbitan penting di kalangan komuniti perniagaan dengan memainkan peranan menyalurkan maklumat secara jujur dan berdaya saing. [Baca berita asal]

Sementara itu, Bernama melaporkan bercakap kepada media pada majlis itu, Nazir berkata, semuanya masih baik dalam keluarganya.

    

"Saya juga berbual secara peribadi dengan abang saya (Najib) tetapi saya tidak akan berkongsi dengan andalah...," kata Nazir.

Pada Jumaat, beliau meletakkan logo The Edge pada laman Instagramnya dengan kapsyen, 'The Edge is a pillar of our business community - big role in keeping us informed, honest and competitive" (The Edge merupakan tonggak bagi komuniti

perniagaan kami - berperanan besar dalam sentiasa memberi maklumat kepada kami secara jujur dan kompetitif".

    

Kementerian Dalam Negeri telah menggantung permit penerbitan akhbar 'The Edge Weekly' dan 'The Edge Financial Daily' selama tiga bulan, mulai 27 Julai.

Lihat Komen
ADS