Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tiada seorang pun yang boleh beri penjelasan sebenar berhubung isu 1MDB termasuk yang berada dalam Kabinet.

Timbalan presiden Umno itu juga berkata beliau perlu mendapat maklumat daripada media termasuk akhbar minggu perniagaan The Edge Financial Weekly  yang kini digantung penerbitannya, tetapi ditegur oleh rakan-rakan dalam Kabinet.

Malah, katanya, beliau bertanyakan kepada ahli ekonomi dan ahli parniagaan untuk memahaminya dan turut membaca The Edge untuk memahami isu itu.

"Saya ditegur dalam kabinet: 'Oh (maklumat) itu datang dari The Edge. Ia tidak benar'," katanya sambil menegaskan bahawa beliau tidak pernah diberitahu tentang apa perkara yang sebenarnya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan panjang lebarnya dalam majlis penutupan Mesyuarat Agung Umno  Cheras malam tadi.

Menurutnya lagi, kritikan beliau berhubung isu 1MDB bukan satu cubaan untuk mendapatkan kuasa tetapi satu usaha yang tulen untuk menyelesaikan masalah parti.  [Baca berita penuh/asal]

'Pernah nasihatkan PM'

Muhyiddin juga memberitahu akar umbi parti itu bahawa beliau telah menasihati Najib berhubung kontroversi 1MDB.

 
Katanya, beliau telah beberapa kali menasihati Najib mengenai perkara itu.
 
Katanya, beliau memberitahu PM mengapa tidak lepaskan jawatannya sebagai pengerusi lembaga penasihat (1MDB) kerana beliau (Najib) akan dilihat seolah-olah terlibat.
 
"Tapi beliau tidak bersetuju," kata Muhyiddin.

"Saya cuba untuk membantu [...] Tapi tak apalah. Saya anggap itu adalah hak beliau," tambahnya.  [Baca berita penuh/asal]

 

Lihat Komen
ADS