Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Penyokong kerumun rumah Muhyiddin
Diterbitkan:  Jul 28, 2015 5:37 PM
Dikemaskini: 10:22 AM

Suasana kediaman Tan Sri Muhyiddin Yasin di Bukit Damansara kini dipenuhi dengan penyokong beliau pemimpin sebagai tanda sokongan sebaik sahaja digugurkan dari jawatan timbalan perdana menteri.

Sekitar jam 4.30 petang tadi kelihatan bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Desa, Datuk Seri Shafie Afdal dan Syed Ali Alhabshee antara yang kelihatan beredar dari kediaman Muhyiddin.

Kediaman Muhyiddin juga kini dipenuhi pemberita bagi melihat sendiri keadaan timbalan presiden Umno itu.

Sehingga jam 5.30 petang wartawan masih berada di luar kediaman Muhyiddin bagi mendapat reaksi beliau.

Bagaimanapun salah seorang daripada sekumpulan 20 penyokong Muhyiddin yang beransur-ansur keluar dari kediaman timbalan presiden Umno ini berkata “keadaan beliau baik- baik sahaja”.

Ahli keluarga Muhyiddin juga kelihatan tenang seperti tiada apa yang berlaku.

Apa yang berlaku hari ini mengingatkan kepada apa yang pernah berlaku kepada bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipecat daripada jawatan sama lebih 15 tahun lalu.

Perhimpunan yang berlaku malam demi malam di rumah Anwar, juga di Bukit Damansara  ketika itu, akhirnya merintis penubuhan gelombang reformasi pada 1998.

Lihat Komen
ADS