Anak MB Umno hambur soalan untuk Najib
Lagi suara melawan arus dari Johor, kali ini daripada anak Menteri Besar Datuk Seri Khaled Nordin pula, Akmal Saufi.
Akmal Saufi, yang juga pengarah Sukarelawan Pemuda BN (BNYV) membangkitkan pelbagai persoalan berkaitan derma RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan dalam akaun peribadi.
“Bolehkah seorang menteri atau timbalan perdana menteri atau perdana menteri menerima derma apabila sedang memang jawatan di dalam kerajaan?
“Adakah perlu duit derma tersebut diisytihar kepada rakyat dan ahli kabinet yang lain?” soal anggota Parlimen Belia Johor itu.
Akmal, 28, menulis panjang di Facebook beliau hari ini berhubung pelbagai aspek berkaitan derma itu, termasuk buktinya dan sama ada pihak lain turut mengetahuinya.
Beliau juga turut mengulangi persoalan yang ditimbulkan Tun Dr Mahathir Mohamad sama ada ada berkaitan keperluan cukai yang tertakluk bawah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Soalan-soalan dibangkitkan, termasuk:
- Ketika Najib menerima dana sejumlah RM2.6 bilion, adakah beliau maklum sejumlah wang telah memasuki akaunnya?

