Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini berkata parti itu menerima cabaran Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak bagi mendedahkan maklumat mengenai dana politik masing-masing.

Bercakap di satu majlis di Tanjung Bungah di Pulau Pinang, Lim menyebabkan hadirin ketawa apabika berkata, Najib mungkin berfikir parti itu sedang bermain guli dan melontarkan cabaran kepada DAP.

"(Najib berkata) Kamu tunjukkan kepada saya kamu punya dulu, kemudian saya akan tunjukkan saya punya? Apa jenis perdana menteri macam ni?" kata Lim disusuli gelak ketawa orang ramai.

Najib ketika menepis tuduhan salah laku dana awam sebelum ini mengaku menerima dana RM2.6 bilion dari luar ke akaun persendiriannya.

Mendakwa ia adalah untuk kegunaan parti, perdana menteri kemudian berkata, Umno boleh mendedahkan maklumat kewangan sumbangan dananya dengan syarat parti pembangkang melakukan perkara sama.

Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang berkata, sebagai kerajaan negeri yang menjalankan pentadbiran telus DAP tidak takut untuk mendedahkan sebarang dana sumbangan yang diterimanya.

Katanya, ketua menteri, ahli dewan undangan negeri dan ahli parlimen di Pulau Pinang mengisytiharkan harta masing-masing mengikut tempoh ditetapkan sejak 2008 setelah mereka merampas negeri itu daripada BN.

 

"Kami telah menunjukkan segala-galanya. Jika (anda) mahu tunjuk, tunjuklah. Kami tidak takut.

 

"Kita boleh duduk semeja dan tunjuk. Bendahari kami adalah Fong Kui Lun (Ahli Parlimen Bukit Bintang). Adakah anda rasa dia takut untuk dedahkan?

 

"Kami menerima cabaran daripada Najib," katanya.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS