Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Najib: Cuma nak tolong, bukan 'beli'
Diterbitkan:  Sep 12, 2015 7:39 PM
Dikemaskini: 11:43 AM

Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata, beliau tidak pernah "membeli" ketua bahagian atau perwakilan parti itu untuk mendapatkan sokongan mereka.

Sebaliknya kata beliau apa yang dilakukan cuma membantu parti berkenaan melalui ketua bahagian dengan mengadakan program tertentu untuk rakyat.

"Sesetengah ketua bahagian cuma bekas penolong pegawai daerah. Berapa sangat harta yang mereka ada. Jika nak buat program sebegini tentu membebankan.

"Jadi bantuan itu yang saya tawarkan adalah untuk parti, bukannya membeli ketua-ketua bahagian," katanya di mesyuarat tahunan Umno Pekan di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah di Pekan hari ini.

Turut hadir, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan Timbalan Ketua Umno Pekan, Abu Bakar Harun.

Pekan adalah bahagian terakhir bermesyuarat hari ini di kalangan 191 bahagian Umno sejak 27 Julai lalu.

Najib yang juga ketua bahagian di situ berkata, seumur hidupnya beliau sudah bertanding banyak jawatan tetapi tidak pernah membeli perwakilan.

"Jika ada orang menuduh saya membeli perwakilan, ia adalah fitnah semata-mata," katanya.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS