Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Sekolah diarah tutup akibat jerebu
Diterbitkan:  Sep 15, 2015 12:00 AM
Dikemaskini: 4:07 PM

Semua sekolah di Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka diarah tutup.

Arahan itu dikeluarkan oleh Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahadzir Khalid yang dimaklumkan oleh timbalannya P Kamalanathan melalui Twitter sebentar tadi.

Arahan itu dikeluarkan ketika kualiti udara akibat jerebu bertambah buruk.

Setakat jam 11 malam ini, Indeks Pencemar Udara menunjukkan kualiti udara di Kuala Selangor mencecah paras bahawa dengan 207 mata. Manakala di tempat lain dalam lingkungan 170.

Bacaan terburuk di Negeri Sembilan mencatatkan angka 200 di Nilai; Melaka 193; Kuala Lumpur 192 dan Putrajaya 182.

MAKLUMAT TERKINI; YBDS @MahdzirKhalid sebentar tadi telah mengarahkan semua sekolah2 d NegeriSelangor, WP & Putrajaya, NS & Melaka d tutup.

— P Kamalanathan (@PKamalanathan) September 14, 2015

Lihat Komen
ADS