Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Melayu marah dihina, dipijak'
Diterbitkan:  Sep 16, 2015 3:53 PM
Dikemaskini: 7:57 AM

Berang dengan penghinaan terhadap perdana menteri, Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) Datuk Seri Ali Rustam menggesa kerajaan menghidupkan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Berucap di pentas Himpunan Rakyat Bersatu di Padang Merbok, Kuala Lumpur hari ini, Ali yang juga bekas Ketua Menteri Melaka memberitahu masyarakat Melayu kini kecewa apabila bangsa itu dihina dan dilempar pelbagai tuduhan, selain turut melibatkan Islam.

“Mereka hina PM kita, pijak PM kita ,” katanya.

Kenyataan Ali itu dibuat merujuk kepada insiden peserta BERSIH 4 yang memijak gambar Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Gambar itu diubah suai bagi menggambarkan seolah-olah Presiden PAS itu memeluk Presiden Umno.

Berhimpun tanda kecewa

Gambar itu diubah suai mungkin didorong rasa kecewa sesetengah pihak terhadap pendirian PAS yang dilihat lebih lunak kepada Umno sejak berlaku perselisihan faham dengan DAP.

Kedua-dua parti itu -bersama PKR - sebelum ini membentuk Pakatan Rakyat yang kemudian terbubar.

Pakatan itu berjaya menafikan penguasaan dua pertiga BN di parlimen selepas pilihan raya umum ke-13 lalu.

Ali sendiri tewas dalam pilihan raya berkenaan apabila diletakkan bertanding bagi kerusi parlimen Bukit Katil. Beliau kalah kepada Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Md Akin.

Ali berkata perhimpunan hari ini diadakan sebagai tanda menunjukkan kekecewaan Melayu terhadap nasib mereka.

Penganjur turut memasang lagu popular Datuk M Nasir, Mantera Semerah Padi dipercayai untuk menaikkan semangat peserta.

Lihat Komen
ADS