Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kerajaan mana tadbir Selangor sekarang?
Diterbitkan:  Sep 22, 2015 3:43 PM
Dikemaskini: 7:45 AM

Pemuda Gerakan membangkitkan persoalan berhubung pihak mana sebenarnya yang mentadbir Selangor selepas pembentukan gabungan baru PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (PAN) tanpa PAS.

Sekarang ini anggota exco Selangor terdiri daripada wakil PKR, DAP dan PAS.

“Pemuda Gerakan mendesak PKR dan DAP mengesahkan sama ada Selangor kini ditadbir oleh Pakatan Harapan yang baru dibentuk.

“Ada adakah terdapat gabungan berasingan dibentuk dengan PAS semata-mata untuk mempertahankan kuasa dan kedudukan menguntungkan dalam kerajaan Selangor?” soalnya.

Beliau juga menuntut penjelasan kenapa PAS masih menjadi sebahagian daripada kerajaan negeri, walaupun Pakatan Rakyat sudah terkubur selepas perbalahan berpanjangan isu hudud DAP-PAS.

PAS mempunyai tiga wakil dalam exco Selangor yang dipengerusikan oleh timbalan presiden PKR yang juga Menteri Besar Azmin Ali.

PAS akan bermesyuarat petang ini berkaitan perkembangan terbaru ini. PAS diundang ke mesyuarat meja bulat untuk penubuhan parti itu pagi ini tidak tidak turut serta.

Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang mempunyai seorang anggota parlimen tidak diundang.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS