Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PAS larang ahli sertai program AMANAH, DAP
Diterbitkan:  Jan 10, 2016 6:00 PM
Dikemaskini: 10:07 AM

PAS mengeluarkan arahan melarang semua ahlinya daripada menyertai mana-mana program Parti Amanah Negara (AMANAH).

Perintah itu dikeluarkan kurang dari dua minggu selepas bekas naib presiden parti berkenaan, Datuk Husam Musa, menghadiri - dan beucap - dalam program Makan Malam Amanah Kelantan di Petaling Jaya pada 1 Januari lalu.

Menurut surat yang dikeluarkan atas nama Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyudin Hassan, jika ahli parti masih mahu menyertai program AMANAH atau DAP, mereka mestilah mendapatkan kebenaran daripada Jawatankuasa Pusat PAS.

Surat berkenaan bertarikh 8 Januari.

Arahan berkenaan ditujukan kepada setiausaha perhubungan PAS negeri dan dewan-dewan peringkat pusat untuk disampaikan kepada ahli di peringkat bawah.

"Ahli-ahli PAS dilarang mengambil bahagian, melibatkan diri, bekerjasama atau menyertai sebarang program atau aktiviti AMANAH dan DAP di semua peringkat.

"Ahli-ahli PAS perlu mendapat kebenaran Jawatankuasa Pusat PAS sebelum menghadiri sebarang jemputan program/aktiviti politik dan seumpamanya dari mana-mana parti politik lain (selain dari AMANAH dan DAP)," pekeliling itu dipetik.

Lihat Komen
ADS