Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
TPPA: Lim bidas Hadi beri gambaran salah pada DAP
Diterbitkan:  Jan 25, 2016 4:00 PM
Dikemaskini: 8:12 AM

DAP membidas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana mendakwa parti itu menyokong Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) kerana masyarakat Cina menguasai perdagangan di negara ini.

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata dalam satu kenyataan hari ini bahawa parti itu 'bingung' dengan tuduhan 'tidak masuk akal' Hadi dan menurutnya rakyat Malaysia menjangkakan kenyataan perkauman seumpama itu hanya akan datang daripada Umno.

Beliau berkata pembohongan tidak berasas itu menunjukkan PAS sekarang bukan sahaja bekerjasama dengan Umno tetapi juga mengamalkan 'politik kotor dan fitnah' terhadap DAP.

Lim Guan Eng juga mengingatkan Hadi bahawa TPPA dimulakan oleh Umno dan bukan DAP, manakala perjanjian itu diketuai oleh Amerika Syarikat bagi menyekat pengaruh geopolitik China.

"Jika Hadi begitu anti Cina, dia tidak sepatutnya menentang, tetapi menyokong TPPA bagi menyanggah China.

"Mengapa Hadi tidak menyalahkan atau mengkritik Umno? Atau menerangkan kegagalannya menasihatkan Umno bagi menyanggah TPPA, sejak menjadi penasihat kepada kerajaan pusat BN?" soal Lim.

Kenyataan Hadi itu dibuat semasa himpunan Bantah TPPA Sabtu lalu.

DAP dan PAS berbalah sejak kerajaan Kelantan berkeras melaksanakan hudud. Kedua-dua parti itu akhirnya berpisah selepas wakil PAS mengecam DAP di muktamar parti itu pada Jun tahun lalu.

Semenjak itu, kedua-dua parti itu saling tuduh menuduh, terutama selepas Hadi mengisytiharkan dirinya sebagai penasihat kepada kerajaan BN.

Baca berita penuh

Lihat Komen
ADS