Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pegawai bank berkaitan 1MDB tinggalkan Goldman Sachs
Diterbitkan:  Feb 24, 2016 2:26 PM
Dikemaskini: 6:28 AM

Tim Leissner, pegawai bank Goldman Sachs yang dikaitkan dengan 1MDB telah meninggalkan firma itu.

Menurut Bloomberg, Leissner yang dilaporkan terbabit dengan sebahagian perjanjian 1MDB dan memperoleh bayaran lumayan meninggalkan bank itu awal bulan ini.

Jurucakap firma itu berkata Leissner yang ditempatkan di Asia, berpindah ke Amerika Syarikat tahun lalu, tetapi enggan mengulas lanjut.

Beliau berkahwin dengan selebriti Kimora Lee Simmons, yang dirakamkan beberapa kali bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

The Wall Street Journal melaporkan bahawa Leissner mula memberi tumpuan ke atas Malaysia pada tahun 2002 dan mempunyai rangkaian pelanggan yang mantap.

WSJ yang memetik sumber-sumber yang rapat dengan Leissner berkata lelaki itu diperkenalkan dengan pemimpin Sarawak oleh rakannya di bank Goldman, iaitu Roger Ng seorang rakyat Malaysia.

Mereka memeterai perjanjian dengan kerajaan Sarawak berhubung eksport komoditi pada tahun 2006.

Ng juga mempunyai kaitan dengan ahli-ahli politik Terengganu - negeri yang mengupah Goldman untuk membantu membentuk sebuah firma pelaburan sehingga terlahirnya Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA).

TIA kemudiannya diambil-alih oleh kerajaan persekutuan dan dijenamakan semula sebagai 1MDB.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS