Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
AMANAH jadi kunci nasib HARAPAN di Perak, kata DAP
Diterbitkan:  Feb 28, 2016 5:20 PM
Dikemaskini: 9:25 AM

Prestasi Parti Amanah Negara akan menjadi kunci sama ada Pakatan Harapan (HARAPAN) dapat menawan Perak pada pilihan raya umum akan datang, kata DAP.

Ketua Pemuda DAP Wong Kah Woh, yang juga Setiausaha DAP Perak berkata AMANAH perlu berkembang dengan cepat dalam tempoh dua tahun akan datang untuk sekurang- kurangnya menyamai kekuatan PAS.

Beliau berkata ia adalah "pertandingan kalah menang" antara AMANAH dan PAS dan oleh itu ruang yang diberikan HARAPAN kepada PAS akan mengorbankan AMANAH.

"Bagi AMANAH untuk menjadi sebuah parti yang kuat yang mampu mengalahkan Umno, kita tidak boleh sama sekali membenarkan PAS terus menggunakan platform atau asas sokongan asal Pakatan Rakyat, yang kini Pakatan Harapan," katanya.

Wong berkata demikian pada forum pilihan raya di Setiawan, Perak semalam. Salinan ucapan beliau turut dihantar melalui e-mel kepada media.

Wong memberi amaran bahawa PAS akan menggunakan saluran ini untuk menyekat dan membunuh AMANAH.

Pakatan Rakyat dibubarkan pada tahun lepas selepas perselisihan sengit antara PAS dan DAP.

Selepas itu, para pemimpin yang progresif dalam PAS membentuk parti serpihan iaitu AMANAH selepas mereka disingkirkan kumpulan konservatif.

Pakatan Harapan terdiri daripada PKR, DAP dan AMANAH.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS