Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Barisan Nasional (BN) tetap kukuh walaupun terdapat pihak yang memilih bekerjasama dengan pembangkang, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib, yang juga Pengerusi BN, berkata mungkin terdapat pihak lupa akan prinsip perjuangan BN dan memilih bekerjasama dengan pembangkang baru-baru ini.

"Namun semalam, saya lihat perikatan tetap kukuh dan setia kepada perjuangan di kalangan anggota-anggota Parlimen BN yang berada di Seri Perdana untuk mesyuarat 'pre-council' sebelum Parlimen mula bersidang Isnin nanti," katanya dalam catatan di laman Facebook beliau hari ini.

Katanya BN akan terus melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan rakyat.

-Bernama

Lihat Komen
ADS