Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Rafizi: Adakah Saudi pula akan minta bantuan Najib?
Diterbitkan:  Mar 10, 2016 2:23 PM
Dikemaskini: 8:12 AM

Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli hari ini melahirkan kebimbangan bahawa Arab Saudi berkemungkinan meminta bantuan ekonomi dari Malaysia, jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempunyai sebarang urusan kewangan dengan kerajaan itu.

"Jika Arab Saudi meminta bantuan sekarang, apakah kesannya kepada rakyat?" soal Rafizi ketika dihubungi Malaysiakini.

Beliau mengulas laporan bahawa Arab Saudi sedang memohon pinjaman bank berjumlah antara AS$6 bilion (RM24.65 bilion) dan AS$8 bilion (RM32.86 bilion) untuk membantu menampung defisit bajet paling tinggi yang dicatatakan negara itu akibat harga minyak yang rendah.

Ini kali pertama, kerajaan Arab Saudi memohon pinjaman selepas negara itu mencatatkan defisit yang dilaporkan mencecah hampir AS$100 bilion (RM410.83 bilion) pada tahun lalu.

Mengulas lanjut, Rafizi yang juga naib presiden PKR secara sinis mencadangkan supaya Najib menjual beberapa aset Umno jika kerajaan Arab Saudi benar-benar memerlukan bantuannya.

"Najib mungkin mahu pertimbangkan supaya Umno melelong asetnya bagi mengumpul dana membantu Arab Saudi.

"Lagipun, kemenangan BN pada PRU 2013 adalah dari sumbangan Arab Saudi," katanya dalam nada menyindir.

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata Najib menerima sumbangan RM2.6 bilion daripada seorang ahli keluarga diraja Saudi, sebagai derma politik pada tahun 2013.

Perdana Menteri telah menafikan dakwaan bahawa wang itu dikaitkan dengan 1MDB, atau bahawa beliau menyalahgunakan wang rakyat untuk kepentingan peribadi.

Begitu juga, Apandi membersihkan Najib daripada sebarang salah laku jenayah berkenaan dengan sumbangan tersebut.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS