Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Beberapa siri letupan gegarkan Brussels, lebih 10 terbunuh
Diterbitkan:  Mar 22, 2016 6:12 PM
Dikemaskini: 10:16 AM

Letupan hari ini menggegarkan lapangan terbang Brussels yang menyaksikan sehingga 10 orang terbunuh manakala 30 yang lain cedera.

Kejadian itu dilaporkan pada waktu sesak ketika ratusan penumpang sedang menguruskan kemasukan mereka ke balai berlepas.

Selang beberapa jam, letupan kedua melanda stesen metro di ibu negara Belgium itu, kata stesen penyiaran Belgium RTBF .

Imej yang dirakamkan dalam laman web milik agensi berita itu menunjukkan kepulan asap kelihatan dari bangunan terminal di mana beberapa tingkap bangunan tersebut turut berkecai.

Letupan itu berlaku beberapa hari selepas suspek utama, Salah Abdeslam, yang dikatakan memimpin serangan di Paris, November, tahun lalu, ditahan di Brussels.

AFP pula memetik polis persekutuan Belgium sebagai berkata kekacauan berlaku di lapangan terbang yang terletak di pinggir barat laut Brussels itu.

“Terdapat dua letupan di lapangan terbang. Bangunan telah dikosongkan. Jangan datang ke kawasan lapangan terbang,’’ kata jurucakap lapangan terbang Brussels dalam akaun Twitter .

Berikutan kejadian itu, semua penerbangan di lapangan berkenaan dibatalkan.

Orang ramai juga digesa untuk menjauhkan diri dari lapangan terbang.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS