Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Rosmah boleh disepina dalam saman Dr M ke atas Najib

Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak - Datin Seri Rosmah Mansor - boleh disepina berhubung dengan tindakan undang-undang yang difailkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan dua yang lain terhadap suaminya.

Peguam Mohd Haniff Khatri Abdulla yang mewakili plaintif, tidak menolak kemungkinan akan memanggil isteri perdana menteri ke kandang saksi.

"Kami akan meneliti semua aspek dan memberi taklimat kepada media dalam masa terdekat," katanya kepada Malaysiakini.

Beliau juga bercadang untuk mengeluarkan sepina ke atas Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak dan juga Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Haniff mendakwa jawapan daripada kedua-dua mereka berhubung tindakan undang-undang itu menunjukkan bahawa mereka cuba untuk mengalihkan perhatian.

"Bukankah sepatutnya seorang menteri atau timbalan menteri mengambil berat tentang nasib rakyat terlebih dahulu dan kemungkin seseorang itu menyalahgunakan kuasanya.

"Berhubung komen Salleh bahawa Mahathir gagal dalam membawa usul undi tidak percaya (terhadap Najib) di Parlimen, saya menyoalnya, Mahathir bukan ahli Parlimen dan jika tidak ada unsur rasuah dan institusi yang gagal, mengapa usul undi tidak percaya diletakkan terakhir dalam senarai usul?" soalnya.

Semua ini, dakwa Haniff, membuktikan terdapat unsur rasuah dan salah guna kuasa dalam pentadbiran semasa.

Beliau juga menyifatkan tindakan undang-undang itu sebagai "ibu kepada semua saman" kerana bekas perdana menteri mencabar kedudukan perdana menteri.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS