Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Polis siasat penjual banglo Lim atas laporan 'SD palsu'
Diterbitkan:  Mar 25, 2016 6:40 PM
Dikemaskini: 11:19 AM

Polis sedang menyiasat Phang Li Koon, wanita yang menjual banglonya kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam urus niaga kontroversi dan didakwa kerana membuat akuan bersumpah palsu (SD).

“Kita telah membuka kertas siasatan false declaratio n terhadap Phang Li Koon.

“Kita akan panggil semua saksi-saksi yang terlibat termasuk Phang dan ketua menteri,” kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini selepas hadir pada majlis Peringatan Hari Polis ke-209 di Pusat Latihan Polis.

Apabila ditanya bila Phang dan Lim akan dipanggil, Khalid berkata tidak lama lagi.

"Laporan polis sudah dibuat dan kita akan panggil mereka untuk diambil keterangan mereka," katanya.

Sebelum ini, Pemuda Umno Pulau Pinang membuat laporan polis terhadap SD Phang yang membuat perakuan bahawa tiada unsur rasuah mengenai urus niaga penjualan rumahnya.

Setiausaha Pemuda Umno Negeri Irfan Zaini Taha, bagaimanapun, mendakwa mempunyai bukti bahawa Phang mempunyai urusan perniagaan dengan kerajaan negeri Pulau Pinang.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS