Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan terhadap aktivis, Haris Ibrahim selepas didapati bersalah mengeluarkan kenyataan menghasut tiga tahun lalu.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Shamsudin Abdullah.

Walau bagaimanapun, hakim turut membenarkan peguam Haris, Gobind Singh Deo dan Datuk S Ambiga membuat rayuan di Mahkamah Tinggi bagi penangguhan hukuman.

Shamsudin turut menetapkan ikat jamin sebanyak RM10,000 terhadap Haris - peningkatan sebanyak RM5,000 daripada jumlah ikat jamin semasa.

Sementara itu, ketika dihubungi Malaysiakini , Gobind berkata permohonan rayuan bagi penangguhan hukuman itu akan dibuat hari ini.

"Kita akan buat rayuan minta tangguhan hukuman hari ini," katanya

Haris didakwa mengikut Seksyen 4 (1) (b) Akta Hasutan, yang boleh dihukum denda maksimum RM5,000 dan penjara maksimum tiga tahun.

Ia ekoran kenyataan yang dibuat Haris tiga tahun lalu dalam satu forum selepas pilihan raya umum ke-14 di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur.

Dalam ucapan tersebut Haris didakwa menggesa supaya pertukaran kerajaan dilakukan di Putrajaya.

Selain Haris turut didakwa dibawah akta sama ketika forum berkenaan ialah aktivis siswa Safwan Anang, Adam Adli, aktivis PAS Tamrin Ghafar, naib presiden PKR Tian Chua dan aktivis Hishamuddin Rais.

Lihat Komen
ADS