Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kempen di sekolah, pegawai kerajaan edar mi segera

Seorang calon langsung BN mengedarkan bantuan kerajaan kepada ibu bapa yang kurang bernasib baik di sebuah sekolah dan meminta mereka memastikan kemenangan calon BN dalam pilihan raya negeri Sarawak.

“Ketua menteri seorang yang baik, kita mesti sokong penuh supaya beliau dapat terus memimpin.

“(Kita mesti pastikan) kesemua calon BN dan calon langsung BN masuk (Dewan Undangan Negeri),” kata calon langsung BN di Dudong Tiong Thai King.

Beliau berkata demikian di SJK(C) Thian Hua, Sibu Jaya di hadapan kira-kira 300 orang hadirin.

Dalam acara itu, sebanyak 21 keluarga menerima bantuan e-Kasih, program kebajikan persekutuan yang diedarkan kerajaan negeri.

Sementara 270 keluarga lagi menerima bantuan tabung pelajar miskin PSTF.

Tiong adalah penaung lembaga pengarah sekolah itu.

Pengerusi lembaga sekolah Oliver Kuo juga mengadu pembangunan infrastruktur sekolah menjadi sukar selepas kekalahan Tiong dalam pilihan raya umum 2013.

Ibu bapa kemudian diberitahu supaya mengambil hadiah selepas program itu, iaitu mi segera sebelum pulang.

Tiga kakitangan sekolah kelihatan mengedarkan makanan itu.

Dua daripadanya memakai pakaian seragam Kementerian Pendidikan dengan logo kerajaan.

Ditanya Malaysiakini , Timbalan Menteri Pendidikan Chong Sin Woon melalui pesanan teks kepada memberitahu beliau akan menyemak perkara itu dengan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

Penyandang kerusi Dudong daripada DAP Yap Hoi Liong menyamakan tindakan itu dengan rasuah pilihan raya dan cuba mempengaruhi pengundi.

Katanya, Tiong tidak patut mengedarkan bantuan kerajaan kerajaan.

“Saya mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) siasat perkara ini,” katanya.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS