Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Jelaskan alasan SB pantau TMJ, kata DAP
Diterbitkan:  May 12, 2016 2:36 PM
Dikemaskini: May 17, 2016 6:55 AM

DAP Johor membidas kerajaan berhubung dakwaan bahawa anggota polis cawangan khas (SB) sedang memantau Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong berkata aktiviti seumpama itu tidak boleh diterima dan menggesa kerajaan untuk tampil memberi penjelasan.

"Tunku Ismail tidak boleh dipantau hanya kerana baginda ada kalanya meluahkan pandangan yang tidak dikongsi bersama oleh kerajaan persekutuan.

"Malah, tiada sebab untuk kerajaan mengintip rakyat hanya kerana aktiviti politik atau pandangan mereka," kata Liew dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam tulisan di Facebook semalam, Tunku Ismail mendakwa perbualan telefon baginda dicuri dengar manakala dirinya dipantau oleh polis Cawangan Khas.

Beliau juga mendakwa bahawa Ibu Pejabat Polis Bukit Aman mempunyai fail mengenai dirinya dan ayahandanya, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

"Saya tidak faham mengapa telefon saya dicuri dengar.

“Saya tidak faham mengapa mereka perlukan fail mengenai saya dan ayahanda saya di (Ibu Pejabat Polis) Bukit Aman," katanya melalui kemas kini di Facebook akaun Johor Southern Tigers.

Menafikan sebagai seseorang yang boleh dianggap berbahaya atau pengganas, Tunku Ismail berkata beliau adalah seorang pemimpin yang prihatin terhadap rakyat Johor.

"Saya tidak berbahaya. Saya tidak pernah membunuh sesiapa kecuali bola sepak Malaysia," katanya.

Lihat Komen
ADS