Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
PAS ganti BN? Zaid bingung dengan Mahathir
Diterbitkan:  May 16, 2016 3:51 PM
Dikemaskini: 8:57 AM

Sehingga minggu lalu, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim yakin bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mungkin membuat kesilapan.

Tetapi sekarang, beliau juga seperti pembidas lain Mahathir, tertanya-tanya jika pemimpin berusia sembilan puluhan itu 'sudah hilang akal'.

Ini selepas Mahathir menggesa BN ditewaskan pada pilihan raya kecil akan datang di Sungai Besar dan Kuala Kangsar supaya PAS boleh memenangi kedua-dua kerusi itu.

Menggambarkan Mahathir sebagai 'ketua pembangkang', Zaid juga berkata "pemimpin pembangkang" seperti Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali dan Ambiga Sreenevasan juga mendedangkan lagu yang sama.

"PAS ialah sebuah parti yang hanya mahu umat Islam sebagai pemimpin, menyokong perkahwinan kanak-kanak dan percaya bahawa tempat seorang wanita ialah di rumah.

"Ia juga sebuah parti yang mahu - yang paling utama - undang-undang hudud dilaksanakan di negara ini.

"Anda mahu PAS daripada BN? Anda mesti sudah gila," tulisnya dalam blog.

Zaid mengulas ucapan oleh Mahathir, Ambiga dan Azmin semasa perhimpunan Selamatkan Malaysia di Shah Alam pada Sabtu lalu.

Beliau kesal bahawa sesetengah pemimpin pembangkang seolah-olah telah hilang fokus dan tidak lagi berjuang untuk rakyat, tetapi sebaliknya didorong oleh semangat kebencian yang tinggi terhadap BN, Najib serta keinginan untuk menang tanpa mempedulikan kesannya.

Menurutnya, ini telah mengaburi penilaian mereka.

Bekas presiden Umno itu mahu kedua-dua kerusi tersebut hanya ditandingi satu lawan satu sahaja selepas pertembungan pelbagai penjuru yang menyumbang kepada kekalahan teruk pembangkang pada pilihan raya negeri Sarawak pada 7 Mei lalu.

Ini adalah walaupun menyokong PAS, walaupun parti itu bukan anggota Pakatan Harapan.

"Jangan ambil kira siapa yang lawan BN, kita hendak satu parti sahaja yang lawan BN kerana kita tahu kalau kita letak dua tiga calon seperti yang berlaku di Sarawak, undi berpecah dan BN akan menang.

"Kalau kita hanya ada satu lawan satu kita boleh tentukan kekalahan BN dengan mengundi sebarapa banyak mungkin kepada calon yang melawan BN," katanya.

PAS adalah satu-satunya parti pembangkang yang telah mengesahkan bahawa mereka akan bertanding di dua kerusi berkenaan yang secara tradisinya meletakkan calon.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS