Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'Takkan MB merajuk, ke London sebab anak graduasi'

PKR Selangor masih belum menerima arahan rasmi untuk menggerakkan jenteranya untuk pilihan raya kecil Sungai Besar, kata timbalan ketuanya Zuraida Kamaruddin.

“Setakat ini tak ada arahan rasmi untuk mobilisasi jentera. Lepas penamaan calon nanti kita tengok macam mana,” kata anggota parlimen Ampang kepada Malaysiakini.

Menteri Besar Selangor Azmin Ali, yang juga ketua PKR negeri, pada 12 Mei lalu memberitahu kira-kira 1,000 hadirin dalam bahawa beliau akan tinggal di kawasan itu sehingga tamat pilihan raya kecil.

Ditanya hasrat Azmin hendak berkampung di situ, Zuraida berkata ia bertujuan untuk “persiapan awal” dengan anggapan perbincangan dengan PAS akan dibuat.

“Kita (PKR) turun buat persiapan awal dengan anggapan baik nak bincang dengan PAS, Atas dasar PKR parti terbaik (untuk lawan BN).

“Kalau sekarang PAS dah umum calon, peranan PKR kita belum putuskan secara rasmi,” katanya.

Beliau juga berkata PKR sekarang bersikap tunggu dan lihat bagi mengetahui pembangkang mana yang akan bertanding dalam pilihan raya kecil itu.

“Sekarang masih banyak spekulasi,” katanya.

PAS sejak awal-awal lagi mengumumkan akan bertanding di Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Serpihan PAS Parti Amanah Negara (AMANAH) dan PKR juga dilapor menunjukkan minat sama.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagaimanapun sebelum ini berkata tiada rundingan dengan PKR dibuat untuk kerusi parlimen itu.

Parti Islam itu mengumumkan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru Dr Abdul Rani Osman bagi mentang BN Budiman Mohd Zohdi.

Ditanya sama ada Azmin “merajuk” atas sikap tutup pintu PAS itu, Zuraida menafikannya.

“Tak adalah. Takkan MB merajuk. Dia pergi London anak dia graduate. Hari Ahad pagi dia balik,” katanya lagi.

[Berita penuh menyusul]

Lihat Komen
ADS