Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
DAP kutip RM1 juta dalam 24 jam untuk ikat jamin Lim

DAP Pulau Pinang mengumumkan kempen mengumpul dana perpaduan yang dilancarkan untuk Ketua Menteri, Lim Guan Eng telah dihentikan.

Pengerusi DAP negeri itu, Chow Kon Yeow berkata, pihaknya telah mencapai sasaran RM1 juta sejak kempen tersebut dilancarkan sekitar jam 5 petang semalam.

"Kami telah mengumpul RM1,009,000 setakat jam 2 petang," kata Chow pada sidang akhbar, hari ini.

DAP Pulau Pinang telah melancarkan kempen mengumpul derma selepas Setiausaha Agung DAP itu ditahan dan didakwa atas dua tuduhan rasuah di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, semalam.

Sebelum ini, parti itu telah mencairkan dana sendiri bagi membayar wang jaminan Lim.

Semalam, Lim yang mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan atas kedua-dua pertuduhan telah dibenarkan ikat jamin pada RM1 juta dengan seorang penjamin.

Mahkamah juga tidak memerintahkan Lim menyerahkan pasportnya tetapi beliau perlu memaklumkan kepada mahkamah dan Jabatan Peguam Negara, dua hari sebelum ke luar negara.

Mahkamah Tinggi menetapkan 22 September depan sebagai pengurusan kes.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS