Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Muhyiddin soal balas: Siapa yang khianat, menteri?
Diterbitkan:  Jul 12, 2016 11:14 AM
Dikemaskini: 4:38 AM

Bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kembali menyoal menteri yang menganggap pembocoran maklumat kerajaan berkaitan 1MDB sebagai pengkhianatan.

“Siapakah pengkhianat sebenarnya?

“Orang yang mendedahkan salah laku 1MDB atau orang yang merompak wang negara menerusi transaksi 1MDB dan kemudian menutup kesalahan mereka daripada diketahui oleh rakyat?

“Sudah tentulah merompak wang negara dan menutup perbuatan jenayah adalah suatu pengkhianatan yang amat jijik kepada negara,” katanya.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak semalam memberi amaran keras susulan pembocoran maklumat berstatus sulit itu.

Mengulas dakwaan kebocoran ke tangan laman pembocor maklumat Sarawak Report, beliau berkata, keadaan membimbangkan kerana bukan hanya maklumat sulit dijual tetapi sebahagiannya didakwa diubah dan dipalsukan untuk mensensasikan isu.

Dalam kenyataan hari ini, Muhyiddin berkata seluruh kabinet bertanggungjawab terhadap rakyat.

Katanya lagi, mereka tidak mempunyai kuasa mutlak melakukan apa sahaja “semata-mata untuk melindungi keselamatan seorang individu”.

“Kepentingan majoriti rakyat adalah jauh lebih utama daripada keselamatan seorang individu.

“Rakyat berhak untuk mengetahui kebenaran,” katanya.
 

Ingatan Muhyiddin buat PM yang 'lupa' janjinya

Lihat Komen
ADS