Malaysiakini
BERITA

Menteri: Kebocoran audit 1MDB satu 'pengkhianatan'

Diterbitkan
Dikemaskini 11 Jul 2016, 2:55 pagi

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak memberi amaran keras susulan pembocoran maklumat kerajaan berkaitan laporan ketua audit negara 1MDB yang berstatus sulit.

“Keadaan membimbangkan kerana bukan hanya maklumat sulit dijual tetapi sebahagiannya diubah dan dipalsukan untuk mensensasikan sesebuah isu,” katanya selepas penyiaran artikel di laman pembocor maklumat Sarawak Report.

Salleh membangkitkan kebimbangan berhubung maklumat lain yang mungkin dijual tanpa disedari.

“Perkara ini meletakkan keselamatan negara dalam bahaya dan ini tidak tidak lain dan tidak bukan adalah pengkhianatan,” katanya.

Khamis lalu, Sarawak Report mendakwa mendapat "akses meluas" mengenai laporan ketua audit negara yang menyiasat 1MDB serta beberapa maklumat yang didakwa daripada laporan itu.

Malaysiakini tidak boleh secara bebas mengesahkan sama ada dokumen yang diterbitkan oleh Sarawak Report adalah sahih dan tidak boleh melaporkan kandungannya kerana sekatan undang-undang.

[Baca berita asal]

Beri pendapat anda!

Jadi pelanggan Malaysiakini untuk menjadi pengulas berita. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.