Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
3 bulan berlalu, apa jadi siasatan polis 1MDB?
Diterbitkan:  Jul 15, 2016 3:36 PM
Dikemaskini: 8:33 AM

Apa yang telah berlaku dengan siasatan polis terhadap laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) ke atas 1MDB, selepas tiga bulan ia dilancarkan, soal pemimpin supremo DAP Lim Kit Siang.

Beliau menyoal demikian ketika meluahkan rasa terkejut bahawa polis mungkin tidak mempunyai salinan laporan audit 1MDB itu yang dirujuk oleh laporan PAC berkenaan.

"Bagaimana Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar boleh menjelaskan kegagalan polis untuk mendapatkan salinan laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB selepas lebih daripada tiga bulan siasatan polis ke atas laporan PAC?

"Apa yang berlaku kepada siasatan polis peringkat tinggi ke atas Laporan PAC mengenai 1MDB yang diketuai oleh Khalid sendiri selepas lebih tiga bulan?" soal Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan Lim itu merujuk kata-kata Khalid minggu lalu bahawa polis perlu menyemak dengan Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang sama ada dokumen audit 1MDB yang didedahkan oleh Sarawak Report adalah tulen.

Sehubungan itu, Lim juga ingin tahu jika ketua polis tersebut telah mengesahkan ketulenan dokumen berkenaan dengan Ambrin.

Dokumen audit 1MDB telah diklasifikasikan sebagai sulit mengikut Akta Rahsia Rasmi.

Menurut pengkritik, tindakan merahsiakan dapatan audit negara membuktikan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempunyai sesuatu yang mahu disembunyikan.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS