Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Tindakan Amerika rampas aset berkaitan 1MDB tak 'cacat'

ULASAN l Semalam, dilaporkan “seorang peguam litigasi terkemuka di Brisbane” yang bernama Quintin Rozario mendakwa tindakan Jabatan Keadilan (DOJ), Amerika Syarikat (AS) “mempunyai kecacatan dari segi undang-undang”.

Media melaporkan:

Rozario yang dihubungi dari Brisbane memberitahu Bernama, Lynch sudah melampaui batas kuasanya dengan merumuskan bahawa satu kesalahan atau beberapa kesalahan telah dilakukan oleh Malaysia atau ejennya.

"Beliau seterusnya membayangkan mereka telah melakukan kesalahan itu menerusi kenyataan tanpa disertai bukti kukuh atau keputusan mahkamah yang sah yang boleh menyokong dakwaannya.”

Peguam Negara Amerika, Loretta Lynch mempunyai hak untuk membuat kenyataan itu. Beliau seorang AG. Beliau membuat kenyataan berkaitan tuntutan pelucuthakan sivil susulan siasatan beberapa badan penguatkuasaan di Amerika.

Sudah tentu beliau berhak mengumumkan tindakan yang diambil dan hasil siasatan mereka. Beliau mempunyai tanggungjawab kepada rakyat Amerika untuk melaporkan “sitaan aset terbesar dalam sejarah Amerika."

Pengumumannya tidak membuatkan sebarang pihak dinamakan (atau tidak dinamakan) bersalah terhadap sesuatu kesalahan.

Jika demikian, pihak yang terkilan terhadap dakwaan-dakwaan yang dibuat boleh mencari jalan lain fitnah tort. Dan malah Lynch mungkin ada pembelaannya.

Kemudian, Rozario dilaporkan berkata:

"Untuk perkara itu berlaku, defendan rakyat Malaysia itu harus diadili terlebih dahulu. Bagaimanapun mereka tidak pun diadili," katanya.

Rozario kemudian berkata menjadi prinsip undang-undang bahawa penjenayah paling keji sekalipun layak dan berhak mendapat keadilan asasi mengikut perlembagaan.

"Hak untuk didengar dan peluang membentangkan hujah mempertahankan diri, mencabar dakwaan dan keterangan terhadap mereka, dan untuk pendakwa berhadapan dengan orang yang dituduh, masih belum berbangkit.

"Sebagai pegawai tertinggi undang-undang di negaranya, tindakan Loretta Lynch baru-baru ini adalah menafikan perbicaraan yang adil atau apa juga perbicaraan kepada responden. Loretta sendiri pada masa sama telah menjadi hakim, juri dan pelaksana hukuman," katanya.

Di sini Rozario nampaknya tidak faham pada proses rampasan di Amerika.

Rampasan sivil adalah tindakan menyasarkan harta tanah (in rem), bukan individu (in personam). Ketika itu, tiada pendakwaan jenayah dibawa terhadap mana-mana pihak dinamakan (atau tidak dinamakan) yang terlibat dalam kegiatan pengubahan wang haram.

Hujah Rozario berkaitan hak untuk didengar sudah tentu prinsip yang penting dalam sesuatu sistem keadilan, tetapi tiada sesiapa yang didakwa. Jadi, andaian tidak bersalah tidak timbul.

Kenyataannya bahawa Loretta telah menjadi hakim, juri dan pelaksana hukuman adalah jelas salah kerana:

*Lynch hanya membuat pengumuman dan menyelia pemfailan perampasan harta.

*Tindakan perampasan harta itu difailkan di mahkamah. Dan mahkamah akan mengarahkan perampasan itu jika DOJ mampu membuktikan harta tanah dirujuk mempunyai kaitan dengan kegiatan jenayah, yang mana lebih kurang beban pembuktian berbanding perampasan jenayah.

Harus difahami bahawa jika sitaan dibenarkan, pemilik harta tanah ini masih boleh mendapatkannya kembali dengan menunjukkan kepada mahkamah bahawa mereka tidak terlibat dengan kegiatan jenayah.

Terhadap banyak kritikan berkaitan langkah rampasan sivil daripada peguam hak asasi di AS, tetapi buat masa ini, proses itu sah dan hujah Rozario bahawa ia “cacat”, paling baik pun sebuah salah tanggap.

Kemudian, laporan selanjutnya menyebut:

Rozario berkata tindakan Peguam Negara Amerika Syarikat itu juga jelas bertentangan dengan keputusan Mahkamah Agung negara itu pada 2014 dalam kes Daimler lawan Baume.

Dalam kes berkenaan, mahkamah tertinggi negara itu memutuskan sebarang pelanggaran tindakan yang dilakukan penduduk di Amerika Syarikat, perbuatan mereka tidak dapat dikaitkan dengan kerajaan atau dalam kes ini, 1MDB.

"Sebaliknya Mahkamah Agung memutuskan aktiviti mereka hanya akan mewujudkan bidang kuasa tertentu di negeri tempat mereka tinggal di Amerika Syarikat," katanya.

Saya bukan pakar dalam undang-undang Amerika (atau Malaysia), tetapi saya fikir Rozario merujuk kes Daimler AG lawan Bauman, bukan Daimler lawan Baume.

Sefaham saya terhadap kes itu, selepas membacanya di atas talian, prinsip dalam kes Daimler AG lawan Bauman, bahawa syarikat asing tidak bertanggungjawab terhadap saman di Amerika atas tindakan berkaitan kesalahan dilakukan di luar negara itu.

Oleh itu, mahkamah Amerika tidak mempunyai bidang kuasa.

Dakwaan dalam tindakan rampasan sivil oleh DOJ, bahawa pengubahan wang haram berlaku dalam bidang kuasa Ameria. Jadi, kes Daimler AG lawan Bauman tidak relevan lagi.

Selain itu, kes Daimler AG lawan Bauman bukanlah tindakan rampasan sivil tetapi tindakan in personam.

Akhir sekali, Rozario dilaporkan berkata:

"Pendekatan Loretta Lynch dalam isu 1MDB ini adalah seiring dengan tindakan Amerika Syarikat selama ini yang menggunakan taktik kekerasan ke atas negara kecil.

"Ini lakukan dengan beranggapan bahawa ia mempunyai kuasa untuk menjejaskan kedaulatan Malaysia dan menguatkuasakan 'kewajipan undang-undangnya' dengan merampas kuasa itu daripada mahkamah Amerika Syarikat dan Malaysia serta agensi lain dalam kerajaan mereka," katanya.

Reaksi saya terhadap kenyataan itu, tindakan Amerika berada dalam hak-hak mereka. Isu kedaulatan tidak berbangkit sama sekali.

Jika seorang warga asing datang ke Malaysia dan terlibat dengan pengubahan wang haram di sini, mahkamah kita juga mempunyai bidang kuasa terhadap pihak itu.

Perkara sama berlaku terhadap Amerika untuk kesalahan dalam bidang kuasa mereka di sana.


SYAHREDZAN JOHAN seorang pengamal undang-undang.


[Baca tulisan asal dalam bahasa Inggeris]

Lihat Komen
ADS