Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Bekas pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan saman pemula bagi memohon perisytiharaan bahawa Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016 yang  berkuat-kuasa semalam adalah tidak sah dan tidak mengikut perlembagaan.

Beliau juga memohon injunksi bagi menghalang MKN daripada melaksanakan kuasanya mengikut akta itu sementara menunggu kes berkenaan diselesaikan.

"Anwar, sebagai pemimpin sebenar pembangkang, telah tampil dan menunjukkan arah ke hadapan dan cara kita perlu melawan balik untuk mendapatkan hak-hak kita demi negara ini.

"Kita lihat, walaupun Majlis Raja-Raja sebenarnya membantah; (mereka) sebenarnya meminta kajian semula akta ini sebelum diwartakan tetapi kerajaan tidak mempeduli dan meneruskannya.

"Jadi sekarang kita perlu bertindak dan melakukan sesuatu kerana ini penting," kata isteri Anwar dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kepada pemberita selepas memfailkan saman itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS