Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Ayah pernah ramal kematian Pakatan, kata Nik Abduh
Diterbitkan:  Aug 3, 2016 5:10 PM
Dikemaskini: 9:26 AM

Bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah meramalkan kematian Pakatan Rakyat kerana DAP, dakwa anaknya Nik Abduh.

"Ayah tahu Pakatan semakin lemah. Oleh kerana DAP menentang agenda PAS dan enggan bertolak ansur dan berkelakuan dengan cara yang kasar," kata Ahli Parlimen Pasir Mas kepada akhbar berbahasa Cina, Oriental Daily.

Pakatan Rakyat terkubur Jun tahun lalu berikutan perbezaan pendapat antara PAS dan DAP mengenai hudud, empat bulan selepas Nik Aziz meninggal dunia.

DAP bergabung dengan PKR dan parti serpihan PAS iaitu AMANAH untuk membentuk Pakatan Harapan manakala PAS menyifatkan dirinya sebagai kumpulan kuasa ketiga pembangkang.

Menurut Nik Abduh, sikap saling menghormati di antara PAS dan DAP terkubur dengan pemergian bapanya dan pengerusi DAP Karpal Singh.

Walaupun kedua-dua mereka kelihatan bertelagah secara berterusan di media, beliau berkata bapanya dan Karpal bersikap saling menghormati mendalam antara satu sama lain.

Karpal meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya pada tahun 2014.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS