Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Bank Negara: Tindakan sudah diambil pada 1MDB, kes tutup

Bank Negara tidak akan membuka semula siasatan terhadap 1MDB susulan dakwaan Jabatan Kehakiman (DOJ), Amerika Syarikat (AS) bahawa lebih AS$3.5 juga wang telah “dicuri “ daripada syarikat itu.

Gabenornya Datuk Muhammad Ibrahim berkata bank pusat sudah mengambil tindakan yang perlu terhadap 1MDB.

“Kita sudah selesaikan siasatan terhadap 1MDB berdasarkan maklumat dan kertas siasatan.

“Kita sudah kenakan denda kepada syarikat itu, kita sudah ambil semua tindakan yang diamanahkan ke atas kita oleh undang-undang dan kita sudah tutup siasatan itu,” kata Muhammad dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau bagaimanapun berkata Bank Negara akan bekerjasama dengan badan siasatan lain yang meneliti dakwaan-dakwaan terhadap 1MDB.

Beliau juga berkata tiada rancangan untuk mengetatkan peraturan kewangan negara seperti Singapura di tengah-tengah dakwaan skandal 1MDB.

Katanya, peraturan sedia ada dapat mencegah pengubahan wang haram dan jenayah kewangan.

Ditanya apa salahnya dengan kemasukan wang besar ke dalam akaun peribadi, Muhammad berkata sesetengah undang-undang dilanggar tetapi tindakan lanjut sudah diambil.

Tiada nama dirujuk beliau secara langsung tetapi dilihat merujuk kepada 'derma' politik berbilion ringgit yang dimasukkan ke akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak.

Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali sebelum ini berkata, kemasukan AS$681 juta pada 2013 itu, datang daripada keluarga diraja Arab Saudi dan tiada kesalahan di pihak Najib.

Saman sivil DOJ untuk merampas aset berkaitan 1MDN pula mendakwa dana itu dialihkan daripada firma pelaburan negara itu melalui syarikat pengantara.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS