Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Ketua Umno bahagian Shah Alam, Datuk Zahari Shaari mengeluh setelah isu 1MDB menimpa parti itu ibarat 'bom atom'.

Beliau berkata demikian dalam rayuan kepada pimpinan Umno untuk selesaikan isu berkenaan seberapa segera semasa majlis perasmian mesyuarat Umno bahagian Shah Alam yang dirasmikan oleh Pemangku Timbalan Presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

"Ini 'mengena' kami seperti bom atom...Tolong selesaikannya dengan segera," ujar beliau di Dewan Seri Budiman, Universiti Institut Teknologi Mara di Shah Alam, hari ini.

Isu tersebut berada dalam antara senarai teratas Zahari yang perlu diberikan perhatian oleh Umno.

Pada masa yang sama, Zahari turut menekankan kebimbangan masyarakat bandar termasuk kenaikan kos sara hidup akibat Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan proses rasionalisasi subsidi.

Pada Khamis yang lalu, bekas setiausaha politik Tun Dr Mahathir Mohamad, Matthias Chang bergandingan dengan ADUN Salor, Datuk Husam Musa memfailkan saman secara berkumpulan di Amerika Syarikat terhadap beberapa individu yang dikaitkan dengan 1MDB.

Saman itu bertujuan memohon ganti rugi bagi kecurian dana firma pelaburan negara dan mendapatkan semula aset yang diperoleh dengan menggunakan dana berkenaan.

Tindakan tersebut dibuat bagi pihak rakyat Malaysia dan difailkan di Mahkamah Daerah Amerika Syarikat bagi Daerah Selatan New York, menurut The Hollywood Reporter.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS